Sunday, March 25, 2012

Pesanan Dari Seorang Sahabat


Satu hari nanti kalau awak dah pandai  bercinta cari je ramai-ramai.. Dalam ramai-ramai tu nanti awak boleh pilih yang mana yang terbaik. Betul tak?

Memang lumrah lelaki menduakan atau perempuan menduakan pasangan (lebih-lebih lagi yg masih gila nak bercouple) sebab masing-masing tengah nak mencari yang terbaik untuk diri masing-masing.

Tapi kalau pasangan awak tu dah setia dan tak pernah buat hal. Awak pulak yang gatal buat hal. Memang awak bodoh sendiri lah. Jangan tanya kenapa. Satu hari nanti menyesal, tanggung sendiri.

Kalau ada apa-apa terjadi dalam hubungan.. Pasrah je. Jangan nangis. Memang dia bukan jodoh awak.. Tak guna di terus kan kalau satu hari nanti diri sendiri yang merana.. Biar sakit hati, sedih, kecewa sakarang daripada satu hari nanti bila awak dah sah jadi milik orang tu. Masa tu nak menyesal tak ada gunanya lagi.. Nak lari ke mana pun tak boleh..

Percayalah,
satu hari nanti awak akan bertemu atau ditemukan dengan pasangan yang tepat. Masa tu secara automatik diri awak sendiri akan setia pada si dia. Tak ada masa untuk awak melukakan atau menduakan si dia. Awak tak akan tergamak untuk buat macam tu sebab awak pun betul-betul sayangkan si dia dan si dia pun betul-betul sayangkan awak.

Kalau awak tengah bercinta dengan seseorang tu tapi awak tetap ada orang ke tiga atau si dia ada orang ke tiga, itu tandanya dia bukan jodoh awak. Mesti ada orang lain yang lebih baik daripada dia. Teruskan mencari. Pilih betul-betul. Jangan pandang pada harta, jangan pandang pada rupa tu semua perkara kedua. Yang pertama dan yang paling penting adalah kebahagiaan.

Siapa kata salah kita bercinta dengan orang bukan Islam?
Tak salah. Yang penting kita bijak untuk mendidik dan membimbing.K alau dah memang dia jodoh kita. Terima je la. Bukan ke jodoh, pertemuaan, ajal dan maut itu semua Allah yang tentukan? Apa yang ada pada adat yang disanjung tinggi-tinggi, kalau akhirnya diri sendiri tak bahagia. Tak perlulah terlampau berpegang kepada adat. Kebahagiaan itu lebih penting.

Macam mana pulak dengan pasangan suami isteri yang tak setia?
Jawapan pertama: Mungkin itu takdir Allah. Kalau si suami tu mampu untuk beristeri lebih daripada seorang. Tak salah.. Kalau si isteri pulak, banyak aspek yang perlu diteliti. Kalau si isteri yang selalu di pukul dan dia tak bahagia dengan suami nya..lebih baik lepaskan. Biarkan dia bahagia.
Jawapan kedua: NAFSU (fikirlah sendiri).
Yang perlu diteliti ialah kasih sayang, kesetiaan dan cinta. Pilih yang tepat dan betul. Jangan menyesal di kemudian hari.

Cuba lihat contoh pasangan suami isteri yang bahagia sampai ke tua tu. Kenapa mereka bahagia? Sebab mereka pandai bertolak ansur dan yang paling penting mereka setia. Bagi saya, selagi salah seorang daripada pasangan tak berubah hati atau berpaling pada orang lain. Selagi itulah tak akan ada masalah dalam hubungan.

P/S : Nota ini hanya nukilan di masa lapang. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Diakui ada beberapa contoh diambil daripada pengalaman keluarga dan teman-teman rapat dan saya pernah mengalaminya sendiri. Harap tiada yang berkecil hati. Hanyalah sebagai renungan. Bukan niat saya untuk nasihat sesiapa sebab diri saya sendiri pun tak betul.

No comments:

Followers